Pelakon, Kamal Adli terpaksa menolak tawaran tajaan umrah yang diberikan oleh seorang individu dikenali sebagai Kapten Travel.

Artikel Berkaitan: Kecewa Jadi Mangsa Fitnah, Uqasha Senrose Tampil Pertahankan Maruah Diri – ‘Kerana Dia, Aku & Anak Jadi Begini Teruk’

Artikel Berkaitan: Minta Ihsan Kalian Berhenti Post Pasal Kisah Silam Saya & Uqasha Yang Tidak Baik’ – Kamal Adli

Tolak tajaan umrah

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan secara terbuka menyatakan hasrat untuk menaja sepenuhnya ibadah umrah aktor berusia 39 tahun itu.

Korang (netizen), kalau saya nak ajak Kamal Adli pergi umrah okay tak? Ditaja sepenuhnya, insya-Allah.

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian Kamal yang tampil memberikan maklum balas dengan menyatakan dia terpaksa menolak tawaran berkenaan atas kekangan komitmen kerja.

Menurut Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, dia amat menghargai jemputan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu rezeki yang tidak disangka.

Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat jemput saya. Terharu sangat, demi Allah. Tapi masa terdekat tak lepas sebab kerja Allah beri banyak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa gembira melihat rezeki yang datang kepada Kamal selain memuji sikap profesional aktor itu yang tetap mengutamakan amanah kerja.

Malah, ramai juga mendoakan agar suatu hari nanti Kamal berpeluang menunaikan ibadah umrah apabila tiba masa yang sesuai.

Sumber: Threads