Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi perkembangan terkini selepas dimasukkan ke hospital, pada Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Beritahu Neelofa Dah Masuk Wad
Tak bersalin lagi
Terbaru, Neelofa menyatakan dirinya masih belum melahirkan cahaya mata kedua. Menerusi Instagram Story, Neelofa, 34, berkata tujuan dia ke hospital adalah atas nasihat doktor serta untuk pemantauan kesihatan.
Salam semua. Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.
Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan. Namun, saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan saya.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu dia dan suami, PU Riz akan berkongsi mengenai kelahiran adik kepada Muhammad Bilal secara rasmi apabila tiba waktu yang tepat.
Sebelum ini, Pu Riz mendedahkan Neelofa sudah ditahan di wad dan akan bergegas pulang sejurus selesai mengendalikan sebuah program televisyen bersama teman gandingannya, Fakhrul Radhi.
Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Sumber: Instagram