Usahawan, Datin Noor Kartini kini membuka peluang kepada individu di luar Kuala Lumpur untuk menjadi ejen jualan Nasi Ayam Mama Tini yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nasi Ayam RM26 Tular, Noor Kartini Gembira Peniaga Lain Dapat Tempias Rezeki – ‘Mereka Boleh Kembangkan Perniagaan’

Artikel Berkaitan: Noor Kartini Jual Nasi Ayam RM26 Sebekas, ‘Review’ Semua Puji Sedap & Berbaloi

Mencari ejen

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Noor Kartini memaklumkan bahawa individu yang berminat untuk menjadi ejen boleh menghantar mesej secara peribadi kepadanya.

Menurut ibu kepada usahawan selebriti terkenal, Neelofa, dia mencari ejen di luar Kuala Lumpur berikutan permintaan terhadap Nasi Ayam Mama Tini yang semakin tinggi.

Kepada sesiapa yang nak jadi ejen Nasi Ayam Mama Tini, boleh mesej saya.

Kita nak ejen yang luar Kuala Lumpur.

Sebab ramai sangat yang nak nasi ayam saya.

Tambah Noor Kartini, Kuantan, Seremban, Melaka dan Kelantan antara lokasi yang membuat permintaan tinggi daripada pelanggan untuk merasai Nasi Ayam Mama Tini yang kini hanya beroperasi di Kuala Lumpur.

Kuantan, Seremban, Melaka, Johor dan Kelantan antara negeri yang banyak buat permintaan.

Siapa-siapa nak jadi ejen, boleh saja mesej.

Sumber: Instagram @noorkartini