Bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila memberitahu mereka sudah lama ‘move on’ dan selesa dengan kehidupan masing-masing selepas bercerai.
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Dah Unfollow? Saya Tak Tahu Mengenai Isu Itu’ – Rosix Omar
Artikel Berkaitan: ‘Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni’ – Sharnaaz Ahmad
Belum bersedia jalin hubungan cinta
Memetik laporan Harian Metro, Nabila berkata sedemikian selepas dihujani pertanyaan netizen yang meminta dia dan Sharnaaz kembali bersama.
Ia susulan kenyataan Sharnaaz yang enggan memberikan sebarang komen berhubung hubungannya dengan pelakon Amelia Christie sudah berakhir selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Ujar Nabila, dia belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.
Kami berdua profesional sebab kami ada anak bersama. Lagipun saya belum bersedia untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Saya mahu fokus pada diri dan anak saya. Jujur saya tiada masa nak fikir soal bercinta sekarang.
Tambah Nabila lagi, dia belum menutup pintu hatinya untuk kembali berumah tangga selepas melalui episod kegagalan sebelum ini.
Kalau ada rezeki untuk saya berumah tangga lagi dan masa itu sesuai saya terima apa saja takdir yang tertulis untuk saya.
Sumber: Harian Metro