berita

‘Mereka Dah Unfollow? Saya Tak Tahu Mengenai Isu Itu’ – Rosix Omar

February 28th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu dakwaan mengatakan pelakon, Sharnaaz Ahmad tidak lagi mengikuti pelakon jelita, Amelia Christie di Instagram (IG).

Terbaharu, OhBulan! berjaya mendapatkan komen usahawan yang juga merupakan sahabat baik kepada bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila iaitu Rosix Ahmad.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni’ – Sharnaaz Ahmad

‘Tak tahu apa-apa’

Ketika ditemui OhBulan!, Rosix memaklumkan dia tidak mahu memberikan sebarang komen dan sama sekali tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut.

Saya tak boleh nak jawab mengenai isu ini sebab saya pun ‘nervous’ nak jawab. Sejujurnya saya tak tahu apa-apa mengenai isu (unfollow) itu.

Tapi apa yang boleh saya katakan Jebat sangat menyayangi Amelia dan hubungan mereka sangatlah rapat.

Tapi kalau belum itu berlaku pun saya rasa ia satu perkara yang normal cuma macam saya katakan saya tak tahu apa-apa mengenai isu tersebut.

Rosix berkata demikian ketika sidang media Konsert Loop Festival yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Rosix menjelaskan bahawa meskipun dirinya sering melakukan konten bersama Nabila dan Jebat, dia pasti akan meminta keizinan daripada pihak mereka sebelum memuat naik di media sosial.

Kita kan kawan baik cuma saya hanya muat naik di media sosial beberapa perkara yang boleh ‘reveal’ sahaja, kalau tak boleh ‘reveal’ tu tak adalah saya muat naik.

Kalau saya ‘share’ itu bermaksud ia dibenarkan untuk share tapi kalau ada ‘teaser’ sikit pun rasanya dibenarkan kot.

Saya rasa begitu lah, walaupun saya tak minta izin. Tapi macam saya cakap, kalau saya rasa dibenarkan saya letak saja di media sosial.

Terdahulu, Sharnaaz dilihat enggan mengulas lebih lanjut mengenai status hubungannya dengan Amelia selepas wujudnya dakwaan mengatakan mereka sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di IG.

SKIP THIS AD ×