berita

Kami Cuba Rutin Pagi Hero Malaysia Selama Seminggu! Tak Mudah Wei & Pandangan Kami Juga Berubah!

December 17th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Bukan mudah nak jalankan tugas dengan penuh amanah, namun hero-hero yang tidak didendangkan ini tidak pernah mengalah dalam menjalankan tugas mereka. Walaupun ada yang cuba melaga-lagakan dan ada yang cuba menutup periuk nasi mereka tetapi mereka terus cekal menjalankan tugasan mereka tanpa mengenal erti penat.

Oleh sebab itu, kami cuba lakukan rutin pagi mereka dan rasai sendiri pengalaman tersebut. Jom kami kongsikan!

Anak yang no 2 ni, kalau kita tak tengok  dia makan, sampai kebawah-bawah meja la nasi goreng dia tumpah.- Ibu anak 3!

Menurut Alisa Muhammad, 35 tahun, menguruskan anak bukanlah perkara yang mudah tambahan pula dia bekerja disebuah syarikat swasta di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Setiap pagi perlu bangun awal untuk kemas rumah, mandikan anak, siapkan sarapan, pakaian, hantar mereka ke sekolah, dan bergerak ke pejabat.

“Bangun pagi kalau tak bertempik tu memang tipu la. Anak-anak saya pulak jenis susah nak bangun. Memang jenuh nak bangunkan mereka ni. Itu belum lagi nak siapkan sarapan, tunggu diorang makan dan kemas rumah. Anak yang no 2 ni, kalau kita tak tengok dia makan, sampai kebawah-bawah meja la nasi goreng dia tumpah.”

“Pagi-pagi memang kelam kabut. Tambah kalau si bongsu yang 4 tahun ni buat perangai masa nak hantar ke rumah pengasuh. Ya Allah, rasa tak berdaya la kadang-kadang tu, penat betul melayan karenah anak-anak.”Katanya kepada kami.

Tambah Alisa lagi, dah selesai urusan anak-anak, barulah dirinya akan bergerak ke pejabat. Selalunya sebelum jam 9 dia dah boleh sampai ke pejabat dan memulakan tugasan harian beliau tepat pada jam 9 pagi sambil menikmati secawan kopi.

“Kita jaga diri kita”- Muhammad Amirul, 23 tahun.

Tidak sama dengan rutin harian seorang ibu, rutin harian penghantar makanan atau rider lebih santai. Walaupun still bangun pagi, tapi mereka ada masa sendiri.

“Secara personal bagi saya, jadi rider ni waktu pagi tidaklah sibuk sangat. Selalunya lepas mandi dan pakai baju, first sekali saya akan make sure bag kurier bersih dulu. Kadang dalam tu kotor. Ye la pelanggan ni macam-macam diorang mintak kita hantar. Jadi, kita kena alert la kalau ada makanan atau minuman yang tumpah”

“Lepas tu, wajib sebelum gerak dari rumah nak pergi ke port untuk tunggu pesanan, saya akan check tayar motosikal dan keadaan motosikal saya dulu. Sebab jadi rider ni bahaya, kena alert lebih sikit. Kalau motosikal rosak tengah jalan ke, tayar pecah mengejut ke, memang barai la. So, periksa keadaan kenderaan kita memang penting sangat-sangat!

Lemau satu badan wei! Sumpah Penat!

Bukan mudah nak jadi seorang ibu tambahan lagi-lagi kalau korang ada 3 anak. Begitu juga apabila korang pilih kerjaya sebagai penghantar barang atau makanan. Sebenarnya dua-dua pun susah. Kenapa min cakap macam tu? Sebab min dah cuba buat rutin pagi mereka ni selama seminggu. Fuh, memang mencabar ye. Nak ikut time table waktu pagi diorang pun susah.

Min sendiri cuba jaga anak saudara min ye. Baru seorang, itupun dah kelam kabut. Nak bangunkan dia dari tidur pun susah. Apatah lagi nak pujuk mandi. Disebabkan rumah min takde heater, kena panaskan air baru anak buah kesayangan nak mandi. Belum lagi kelam kabut nak hantar dia ke rumah pengasuh.

Dah lah sebelum nak gerak hantar dia ke sekolah, min kena periksa keadaan kenderaan dan tayar kereta. Min pulak memang tak pernah ambik tahu bab kereta. Selalunya encik tunang yang uruskan. Ni barulah dapat belajar sikit-sikit mengenai kereta misalnya macam mana nak periksa tekanan tayar dan isi angin tayar kereta.

Stresss juga bangun pagi-pagi bila kena buat semua benda ni. Respek gila dekat Puan Alisa dan Muhammad Nizam. Min sampai lemau la cuba buat rutin mereka!

Nasib baik ada SUPER Coffee! Minum secawan, rasa lega. Lain macam dia punya kick tu! Hilang terus rasa penat pagi-pagi tu. Lagipun, aroma SUPER Coffee ni wangi dan lembut. Rasa pun sedap, tak strong sangat. Sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur kecuali kanak-kanak.

Ada banyak pilihan produk keluaran SUPER Kopi antaranya SUPER Coffee Rich, SUPER Coffee Zero Sugar Added, SUPER Kopi White Coffee dan SUPER Coffee Original. Semuanya sedap-sedap belaka, confirm korang pun suka,

Kopi SUPER pacu tenaga wira harian kita!

Kalau korang nak tahu baru-baru ini, SUPER kopi telah menjalankan satu kempen bersama-sama DR Say bagi menghargai usaha hero-hero yang tidak didendangkan ini. Mungkin ada diantara kita yang mengambil mudah akan kerja keras dan usaha mereka namun, insan-insan ini tetap cekal menjalankan tanggungjawab mereka.

Melalui kempen ini Dr Say kembali memacu tenaga para hero kita ini dengan SUPER Kopi kerana SUPER Kopi mengiktiraf usaha murni hero-hero kita ini untuk mencari rezeki sekaligus menyara keluarga mereka.

Menang pelbagai hadiah yang bernilai sehingga RM 100,000 dengan SUPER Coffee!

Tambahan pula, sekarang SUPER Coffee ada Peraduan Wira-Wira Harian. Melalui peraduan ini, korang boleh menang pelbagai hadiah menarik termasuklah wang tunai berjumlah RM50,000, Thermomix TM, tambah nilai Touch ‘n Go bernilai RM100 dan macam-macam lagi.

Rugi kalau tak join. Lagipun, cara penyertaan mudah. Korang  cuma perlu beli produk jenama SUPER Kopi yang terpilih dan pembelian mestilah berjumlah RM15  keatas di dalam satu resit. Kemudian, korang ambil gambar resit pembelian korang dan hantar kepada no WhatsApp mereka di +6014 326 5840.

Kalau korang nak tahu, ini merupakan satu inisiatif daripada pihak SUPER Coffee untuk reward korang yang setiap hari berjuang dengan cara masing-masing untuk manjalani kehidupan. Jadi, kalau kita tak sokong peraduan ni, siapa lagi kan? Nanti yang menang bukan orang lain. Kita-kita jugak.

**Peraduan sah bermula 1 November hingga 19 Disember ini.
** tertakluk pada terma dan syarat.

Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Peraduan Wira-Wira Harian? Korang klik je SINI

Untuk info berkaitan JACOBS DOUWE EGBERTS RTL SFM MY SDN. BHD, korang boleh klik>>> https://www.supereveryday.my/

Bagi yang nak buat pembelian produk-produk SUPER Kopi, korang boleh klik link dibawah;

? Shopeehttps://bit.ly/3AxR9Lg
? Lazadahttps://bit.ly/3AmzGXa

 

SKIP THIS AD ×