berita

‘Kami Dah Lama Tak Tinggal Sebumbung’ – Bekas Isteri Akui Dah Bercerai Dengan Radhi Sejak Mac

June 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali telah sah bercerai dengan isterinya Nur Shahira Ayu pada tanggal 25 Mac lalu.

Menerusi laporan Berita Harian, Ayu telah mengumumkan bahawa mereka sudah lama tidak tinggal sebumbung. Namun, bekas suaminya masih memuat naik gambar lama mereka berdua.

Ramai yang keliru

Menurut Ayu, dia sebenarnya enggan membuka mulut mengenai status perkahwinan. Namun, gambar yang dimuat naik bekas suaminya itu menyebakan ramai yang tertanya-tanya.

Radhi sudah melafazkan cerai terhadap saya pada 25 Mac lalu. Malah, lafaz cerai akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat. Jujurnya, saya tidak mahu membuka mulut mengenai status perkahwinan kami, namun ramai yang bertanya kerana Radhi banyak memuat naik gambar lama saya dan dirinya. Malah, ada juga yang keliru sama ada saya masih berhijab gara-gara gambar berkenaan.

Kami juga sudah lama tidak tinggal sebumbung, namun masih berkomunikasi dengan baik demi anak-anak. Begitupun, biarlah punca perpisahan tidak dikongsikan kepada umum kerana ia bersifat terlalu peribadi.

Dikurniakan sepasang cahaya mata

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah dan Muhammad. Terdahulu, Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, yang kini berusia 14 tahun.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×