berita

‘Kami Dibawa Ke Tempat Acap Disembunyikan’ – Perawat Ini Kongsi Pengalaman Aneh Di Gua Tempurung

April 1st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tidak dapat dinafikan telah pelbagai usaha dilakukan bagi misi pencarian pelari denai Gopeng Ultra yang ‘hilang’ tempoh hari. Sebelum ini pasukan Bomba dan Penyelamat termasuk beberapa orang penduduk kampung dan ahli keluarga datang ke lokasi kejadian bagi membantu misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan.

Menerusi Facebook, Pangiran Nur Satria Aduka kongsi pengalamannya sebagai ‘perawat’ ketika menjejak kaki ke lokasi bagi membantu mencari mangsa.

Pengalaman di Gopeng

Perkongsian Coretan di Gopeng tanggal 31 March 2019 Hari ke-9 KEHILANGAN ACAP 

Bukan mencari credit atau tunjuk hebat atau orang yang berilmu tapi sekadar membantu dan mengajak para pengamal kerohanian lain turun bantu. Selama ini banyak aktiviti SAR kat turun padang tapi senyap-senyap. Izinkan pertama kali saya share sebagai pedoman atas pengalaman. Kami pasukan rawatan kerohanian Gayong Maarifat Kuala Lumpur telah tiba di Gua Tempurung anggaran 1PM.

Berjumpa dengan Ketua Team Mossars untuk mendengar taklimat mengenai kehilangan dan apa sahaja kemungkinan yang telah berlaku untuk hari ke-9 Acap hilang. Difahamkan seramai 600 sukarelawan telah terlibat dalam pencarian ini dan hampir 100 ahli bomba dan mungkin lebih dari 100 ahli bomba telah turun padang mencari “hint” Acap tapi tidak dijumpai apa-apa pun kecuali botol minuman Acap yang telah disahkan oleh isterinya sendiri.

Anjing pengesan juga gagal


Selain itu, tidak ada apa-apa hint lain yang dijumpai sepanjang 9 hari pencarian. Maka ramailah orang yang punyai “ilmu kerohanian” datang menggunakan cara masing-masing sejak hari ketiga Acap hilang.

Tapi tiada jalan yang di jumpai. Kami juga seramai kekuatan 4 orang tidak terlepas untuk beri bantuan misi mencari Acap. Maka setibanya di sini, banyak lah versi versi yang di ceritakan dan banyak info info palsu juga yang tersebar. Pihak bomba dan lain-lain tiada pilihan tetap terima apa jua info memandangkan menemui jalan buntu setelah 7 hari berlalu. Anjing pengesan juga gagal dan pening matanya. Kami bergerak mencari lokasi Acap melalui trail.

Terus menuju beberapa tempat dan singgah ke Bukit Batu Putih dan kami daki. Ada beberapa tempat di sana kita “interaksi” dengan “makhluk sana” tapi mereka menyatakan Acap tiada di situ. Tidak berpusing-pusing sekitar situ tapi lebih kepada kawasan yang punyai air seperti tasik/sungai/aliran anak sungai.. Wallahualam…

Pengalaman saya sendiri sebagai perawat


Jika di lihat kembali, di sinilah penuh maklumat palsu. Ada yang claim sudah di “scan” jarak jauh dan suruh sukarelawan buat itu ini. Dikatakan berada “di situ dan di sini”. Tapi kebanyakan dari mereka yang “tunjuk pandai” ini tidak datang pun ke tapak kejadian. Doa memang boleh di galak kan sekali tapi siap cakap di sana ada “itu dan ini” memang kita katakan mengecewakan ramai pihak terutama sukarelawan. Mereka tahu bercakap tapi tak datang. Suruh itu ini kepada pasukan sukarelawan seolah olah semua sukarelawan ini ada kemahiran “kerohanian”.

Kalau hebat sangat datang lah sini. Lihat depan mata. Pengalaman saya sendiri sebagai perawat. Melihat tempat hutan dan gua sekitar sini. Masing-masing mempunyai “frekuensi gelombang” yang tidak sama dan mempunyai “kepala” yang berbeza-beza. Jika ada yang kata kena “tunaikan syarat” kena “lepaskan ikatan” bagai tu. Datang turun dan saksikan sendiri lah dan bicara sendiri dengan “penduduk sini”.

Tunjukkan bakat jarak jauh yang hebat itu. Yang penting sama sama usaha selamatkan mangsa. Geng paranormal suka cari hantu. Sekarang cari lah Acap pulak, hantu nak buat hape di cari geng.

Sedangkan trail itu hanya sehala

Ada yang Islam dan yang kafir. Terlalu ramai kerna kawasan sekitar sini batu batunya shaja sudah berusia ribuan tahun, inikan “penduduk asal” sana. Mengikut hasil kajian dari sudut kerohanian. Acap sudah di alihkan ke tempat lain dan bukan lagi Bukit Batu Putih. Kami telah di panggil oleh wakil sukarelawan setelah turun dari Bukit Batu Putih.

Ini juga ada kisah pelik. Di mana seorang runner dari wakil itu mencari kami dan berlari ke Bukit Batu Putih tapi tidak jumpai kami sedangkan trail itu hanya sehala. Runner itu bertanya pada orang yang  di jumpai bersalam dengan kami tak sampai 1 minit cakap kami baru berlalu tapi runner tak jumpa kedudukan kami ketika itu.

Wallahualam.. Seterusnya kami di temukan di lokasi kereta bawah Bukit Batu Putih. Maka di situ bermula perkenalan kami dan kami di bawa ke satu tempat yang dirahsiakan yang di syaki Acap di “sembunyikan” di kawasan itu, bersebelahan dengan trail 25KM berdekatan Gua Kandu. Kami mula memasuki kawasan itu sekitar 5PM. Berhutan, dimulakan dengan bacaan ayat Al Quran.

Anjin kuat, pokok besar tumbang


Suasana sudah mendung ketika itu. Kebetulan semasa bacaan dalam 10 minit hujan yang amat lebat dan ribut yang terlalu kuat menjelma ketika bacaan di alunkan. Suasana menjadi agak sukar sebab angin kuat dan ranting-ranting pokok semua terbang. Lalu, takdir Allah ketika kami masih alunkan bacaan dalam keadaan basah. Sebuah pokok yang amat besar sepemeluk telah tumbang tidak semena mena patah di tengah.

Angin menjadi lebih kuat dan ketika itulah kita dapat firasat Acap berada di sana. Bagaimanapun, kami berhujan dan basah segala apa wallet, handphone smua basah tetap kami teruskan kerna “hampir hampir” sahaja mendapat klue Acap. Niat kami jika tidak dapat Acap tapi dapat bukti fizikal seperti topi atau beg nya juga sudah mencukupi.

Tak semudah yang disangka


Ternyata, ia amat sukar. Kelibat orang berlari memang kami rasakan di mata dan cuba menarik nya supaya tdak berada dalam dimensi ghaib tapi keadaan amat sukar. Ia bukan semudah yang di sangka.. tidak semudah ABC. Kerna ada sesuatu makhluk lain takuti di sana. Seolah-olah ada yang berpangkat tinggi dan yang lain-lain mampu melihat sebab “kasta rendah”. Ada beberapa kemungkinan dari segi kerohanian tidak berfakta mengapa dan di mana Acap tapi yelah apabila tiada bukti fizikal maka laporan akan jadi sukar dan kita tidak maklumkan kepada sesiapa buat masa itu.

Sebelah malam kami datang kembali dengan kekuatan 15 sukarelawan tapi seolah-olah sudah tiada apa lagi di kawasan yang sama itu. Hanya wangian yang amat wangi dan salah satu team iaitu di bawah saya kami nyaris di sesatkan dan jumpai poko-pokok yang besar dan pokok itu tidak sepatutnya di kawasan itu. Wallahualam kerna keadaan malam amat gelap. Jadi, kesimpulan di sini. Mana-mana yang pengamal kerohanian tu usahlah hanya sekadar bicara omong kosong dari jauh semata mata. Sudah terlalu ramai yang bicara begitu dan berikan maklumat atas nafsu dan palsu.

Pulang tanpa sebarang bukti fizikal

Datanglah sendiri bawa bantuan dan kebolehan anda, bukan hanya tampilkan “pendekar pena” semata mata. Kami sendiri datang dan saksikan sendiri dengan pengalaman dan keluar kos sendiri semata mata niat nak bantu Acap. Kami akui kami “hampir” dapat tapi hakikatnya tetap tidak berjaya, pulang tanpa sebarang bukti fizikal.

Soal berjaya atau tidak kami redha dan serahkan pada Allah. Apa-apa pun kita berada di sana sudah sampaikan pesanan kepada makhluk-makhluk di sana akan ada lebih ramai perawat datang dan sekiranya masih tidak di jumpai. Saya dan pasukan akan hadir kembali dengan persediaan yang lebih.

Sama sama kita doakan urusan ahli bomba dan ahli sukarelawan di permudahkan. Hidup atau mati Acap biar Allah yang tentukan. Pelbagai kemungkinan sudah di lakukan kini hanya serah dan tawakkal pada Allah. Jutaan infiniti terima kasih kepada pasukan sukarelawan dan bomba. Kami saksikan sndiri anda tidak pernah putus asa, 24 jam tiada henti.

Sebelum ada yang komen merepek tak percaya. Kembali kepada Rukun Iman. Beriman Kepada Perkara Ghaib. Al Fatihah..

Sumber: Pangiran Nur Satria Aduka

SKIP THIS AD ×