berita

[VIDEO] ‘Acap, Balik, Mak Kat Sini…’ – Rintihan Sayu Ibu Pelari Hilang Undang Sebak

April 1st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kehilangan salah seorang peserta larian denai di Gua Tempurung, Gopeng, Perak, Mohammad Ashraf Hassan masih menjadi misteri hingga hari ini. Meskipun, sudah pelbagai usaha dilakukan beberapa pihak untuk mencari Acap yang dikatakan disorok makhluk halus, namun, masih lagi gagal menjejakinya.

Hari ini telah gelap sepuluh hari kehilangan Acap dan usaha pencarian juga disertai keluarga. Menerusi video yang dimuatnaik abang kandung mangsa, menyaksikan rintihan ibunya yang mengharapkan Acap pulang segera memang undang sebak.

‘Acap, mak sini…’

https://www.facebook.com/DaNscaluVe/videos/pcb.2113518908702961/2113515328703319/?type=3&theater

Pelbagai usaha telah dijalankan namun sehingga kini semuanya menemui jalan buntu. Video yang dimuatnaik abang kandung mangsa, Denny Lang ini telah mendapat perkongsian sebanyak 11ribu di laman Facebook.

Rata-rata netizen mendoakan dan mengharapkan pemuda larian denai itu dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga. Video ini telah mengundang sebak dalam menyaksikan rintihan seorang ibu yang sanggup ke lokasi kejadian dan memanggil nama anaknya untuk pulang.

‘Acap, baliklah…’

https://www.facebook.com/DaNscaluVe/videos/pcb.2113518908702961/2113516892036496/?type=3&theater

Rintihan ibu mangsa

https://www.facebook.com/DaNscaluVe/videos/pcb.2113518908702961/2113517675369751/?type=3&theater

Sebelum ini telah dilakukan pelbagai usaha untuk menjejak Acap termasuk doa selamat, berziki, bacaan Yassin dan solat hajat selain usaha mengesan lokasi kehilangan Acap.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam skala kecil. Semoga pencarian mangsa dipermudahkan dan berjaya menjejak kehilangan Acap.

Sumber: Denny Lang

 

SKIP THIS AD ×