
Pelakon, Siti Khadijah menjelaskan bahawa pihak produksi mengambil pendekatan menggunakan bahasa Indonesia di set penggambaran sebagai tanda hormat kepada aktres Indonesia, Aghniny Haque, selain memudahkan komunikasi antara semua pihak.
Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Tolak Babak Berkemban, Buat Permintaan Untuk Pakai ‘Cardigan’ – ‘Kalau Kena Pakai Seksi, Saya Minta Tukar’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Tahu Apa Perasaan Dia Terhadap Saya’ – Siti Khadijah
Hormat tetamu luar

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Siti Khadijah Abdul Halim, 29, mengakui lebih selesa menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya tanpa campuran loghat.
Namun, dia akan beralih kepada bahasa Indonesia apabila berkomunikasi dengan aktres berkenaan bagi memudahkan sebarang urusan.
Walaupun kami semua yang bekerja di situ adalah warga negara Malaysia dan bercakap bahasa Melayu, tetapi kerana kita hormat tetamu luar, ada kalanya kita bercakap juga guna bahasa Indonesia di set penggambaran.
Sejujurnya saya pun selesa dan memang sentiasa bertekad untuk bercakap dalam bahasa Melayu tanpa ada ‘slang’, tapi kadang-kadang kena cakap juga bahasa Indonesia dengan Aghniny untuk mudahkan dia berbual atau bertanya.
Kata Siti lagi, walaupun Aghniny sering menggalakkan penggunaan bahasa Melayu kerana ingin belajar, terdapat situasi tertentu yang menyebabkan aktres itu kelihatan sedikit sukar untuk memahami.
Walaupun Aghniny selalu kata kepada saya cakap bahasa Melayu kerana dia nak belajar, tetapi bila banyak sangat kita cakap pun nampak dia yang jadi blank.
Cuma, kita orang Melayu ini kalau tiba-tiba cakap bahasa Indonesia masih lagi boleh faham.
Jadi, memang kita orang Melayu bangga dengan identiti sendiri, kita juga boleh menerima orang lain.
Kita pun kuat juga berpegang pada bahasa Melayu, sebagai orang Malaysia kita penuh dengan empati, penuh adab dan kesopanan.
Itu yang saya suka.
Siti berkata demikian ketika ditemui pafa sesi eksklusif Content Day filem Khadam di Holiday Inn Bangsar, pada Rabu.
Gangguan mistik

Dalam pada itu, aktres drama ‘Bidadari Salju’ turut memaklumkan bahawa terdapat insiden gangguan melibatkan seorang kru produksi yang didakwa dirasuk ketika berada di lokasi penggambaran, namun situasi tersebut berjaya ditangani dengan segera.
Di set penggambaran memang ada gangguan dialami oleh seorang kru yang dirasuk.
Tapi ia cepat ditangani oleh semua orang.
Dari segi suasana kita shooting memang tidak ada rasa seram.
Sebabnya, ada lampu besar, terang dan ramai orang.
Semua orang pun sentiasa menjaga satu sama lain.
Kita pun tidak ada buat benda-benda mengarut seperti hisap rokok, cakap lepas dan sebagainya.
Dalam masa sama, Siti memaklumkan bahawa pihak produksi tersebut turut melibatkan kerjasama pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India, yang kesemuanya bekerja secara harmoni dan saling menghormati sepanjang penggambaran filem berkenaan.
Kita semua memang sangat profesional dan masing-masing saling menghormati satu sama lain.
Saya bekerja dengan pelbagai bangsa, seperti bangsa Cina dan India pun ada dekat set filem Khadam itu.








