berita

‘Kami Hubungi Izzue & Berbincang Secara Baik’ – One Forteen

February 9th, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kumpulan Forteen melancarkan lagu baru mereka yang berjudul ‘Noktah Epilog Cinta’ selepas hampir enam tahun menyepi.

Lebih menarik, Izzue Islam turut bersama dengan kumpulan Forteen bagi merealisasikan impian peminat yang rindu melihat mereka bersama.

Artikel Berkaitan: Forteen Rancang Nak Buat Konsert, Syukur Lagu ‘Berdua Bersatu’ Trending Di TikTok

Artikel Berkaitan: One Forteen Mengaku Ambil Steroid, Sudah Lali Terima Foto Kemaluan Kaum Sejenis Di Instagram

Perlu check jadual Izzue

Menerusi temu bual bersama OhBulan! One Forteen memberitahu lagu tersebut merupakan karya Datuk Norman Abdul Halim bersama Syahmi Muffins. Tambah One, ini merupakan hadiah istimewa buat peminat yang sudah lama menunggu lagu baru daripada mereka.

Ini merupakan semangat dari Amir dan Ariz untuk menghasilkan lagu baru ini. Kalau lagu ini mendapat sambutan, kami akan bagi hadiah lagi. Idea nak buat lagu ni kami borak awal tahun lepas. KRU pun banyak membantu dan mereka nak juga. Lagu ini terbitan dua syarikat iaitu KRU Music dan Alternate Records.

Disoal susah atau tidak untuk mengajak Izzue dalam projek terbaru ini, One berkata mereka perlu memeriksa jadual Izzue terlebih dahulu sama ada dia sibuk ataupun tidak.

Bercakap mengenai susah atau tidak mengajak Izzue untuk turut serta menghasilkan lagu ini, kami kena tengok jadual dia terlebih dahulu. Kami menghubungi dia dan ajak berbincang secara baik dan dia berminat nak buat projek ini. Baru kami bersepakat dengan KRU pula.

Di samping itu, OhBulan! sempat bertanya kepada One adakah lagu baru ini menjadi petanda yang Forteen akan kembali bersama dan menghasilkan lebih banyak lagu selepas ini?

Ujar One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin, tidak mustahil Forteen bakal mengeluarkan lebih banyak lagu selepas ini sekiranya lagu Noktah Epilog Cinta ini mendapat sambutan yang luar biasa.

Kami kena tengok sambutan dan permintaan peminat sama ada nak kami sahaja ataupun bersama Izzue lagi. Kalau Izzue nak lagi, lagi bagus. Sebab peminat teruja nak tengok kami berempat sebenarnya.

Berbicara mengenai showcase dan konsert pula, One berkata, mereka sudah mempunyai perancangan mengenai hal itu. Cuma, mereka mahu melihat sejauh manakah penerimaan peminat mengenai lagu baru ini terlebih dahulu.

Ditanya pula mengenai perasaan apabila kembali ke studio rakaman, One memberitahu dia sangat suka momen tersebut.

Saya paling suka kalau ada semua orang. Sebab masing-masing ada idea yang lain-lain. Kami akan pastikan semua orang ada waktu nak rakam lagu itu dan meluangkan masa bersama kira-kira tiga hingga empat jam sebelum rakam. Memang imbau balik kenangan dahulu. Tak dinafikan. Cuma zaman itu dah lain.

Sekarang ini kami masing-masing sibuk menguruskan perniagaan. Macam saya sendiri, hari-hari akan ada dekat Musclemen Spa di Shah Alam. Saya perlu pandai membahagikan masa antara perniagaan dan aktiviti seni.

Di akhir temu bual, One berharap peminat Forteen gembira dan sentiasa menyokong kerjaya seni mereka. Sekadar info, lagu Noktah Epilog Cinta sudah meraih 36k tontonan di Youtube. Tahniah!

Video

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×