berita

‘Kami Masih Berhubung, Cuma Tak Jumpa’ – Marsha Gembira Nad Zainal Sihat & Sudah Berumah Tangga Kembali

March 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelantun suara ‘Kembali Terang’ iaitu Marsha Milan mengakui bahawa dia terbayang wajah sahabat baiknya, Nad Zainal ketika bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM 37) yang lalu. Menurut Marsha, dia hampir mengalirkan air mata tatkala berkongsi momen sedih sewaktu dirinya melawat Nad Zainal di hospital.

Artikel berkaitan: Marsha Milan Akui Terkenang Nad Zainal Di Pentas SFMM 37 – ‘Dia Mengalir Air Mata Bila Cakap Pasal Anak’

Terbaru menerusi temu bual bersama pihak OhBulan!, Marsha berkata dia belum mempunyai masa untuk bertemu dengan Nad Zainal selepas pelakon tersebut kembali sihat dan mendirikan rumah tangga.

Gembira dia bahagia

Ketika ditemui Oh Bulan! di sidang media Kolaborasi Alternate Record Sdn. Bhd. bersama Luncai Emas Sdn. Bhd, Marsha berkata dia sangat gembira apabila Nad sudah kembali sihat. Tambah Marsha, dia turut tumpang gembira apabila sahabat baiknya itu sudah melangsungkan perkahwinan dengan Ungku Ismail Aziz.

Alhamdulillah, Marsha sebenarnya gembira dengan dia. Sebab saya tahu dan kenal dia. Dia seorang yang penuh dengan kasih sayang. Maknanya, siapa yang bercinta dengan dia dan kenal dia, dia adalah orang yang akan bagi 150 peratus kepada pasangan dia.

Bila tahu dia dah ada seseorang yang ambil berat pasal dia, jaga dia, sayang dia dan dia gembira, saya pun turut gembira.

Ujar Marsha, kali terakhir dia berjumpa dengan Nad ketika pelakon ‘Cina Buta’ itu berada di Unit Rawatan Rapi. Pada masa tersebut, Nad tidak sedarkan diri.

Saya tak jumpa dia sejak dia sedar dari hospital sehinggalah sudah berkahwin. Kami tak sempat jumpa. Saya gembira dia dah bahagia. Kami masih berhubung. Plan nak jumpa dah 5 tahun tapi tak jumpa-jumpa.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×