berita

‘Kami Nak Hidup Normal, Tak Layak Jadi Ikon’ – Pavithra Maafkan Suami

July 25th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, suami kepada YouTuber masakan terkenal iaitu M Sugu didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya. Setelah menghadiri posiding di mahkamah, Pavithra membuat keputusan untuk menarik semula laporan polis yang dibuatnya pada 22 Julai lalu.

Artikel berkaitan: Pavithra Kelihatan Tenang, Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Suami

Susulan itu, Pavithra mengambil keputusan untuk memaafkan suaminya dan ingin memberi fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.

Saya maafkan suami

Memetik laporan Utusan, Pavithra menyifatkan kejadian tersebut terjadi berkaitan dengan masalah keluarga. Malah, dia sudah maafkan suaminya atas apa yang telah berlaku.

Saya maafkan suami. Saya dan suami akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja.

Saya sendiri tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial, terus memberi sokongan kepada kami.

Tidak layak jadi ikon Ipoh

Sugu dan Pavithra turut mengulas mengenai anugerah yang diterima mereka tempoh hari iaitu Ikon Perak. Mereka turut menyifatkan anugerah itu telah menyebabkan perselisihan faham dalam kalangan keluarga.

Kami ikon Perak pun tak mahu. Kami orang biasa juga. Pangkat besar-besar kami tak mahu. Suami kata kami memang tak layak jadi ikon Perak sebab ramai layak di luar sana. Sila cari yang lain, yang betul-betul layak. Kami baru jadi Youtuber biasa dan kami tak adalah hebat sangat.

Ada lagi diluar sana nak bagi awards. Ramai yang salah faham dan benda ni membuatkan ramai sakit hati. Ramai lagi yang layak diluar sana. Kami tak layak untuk itu semua. Kami nak hidup normal, jaga keluarga. Kami tak nak dikenali ramai, kami orang biasa saja. Biarkan kami hidup macam biasa.

Sumber: Utusan, The Star

SKIP THIS AD ×