berita

Pavithra Kelihatan Tenang, Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Suami

July 24th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Suami kepada pasangan Youtuber masakan iaitu Sugu ditahan polis atas tuduhan mencederakan isteri, Pavithra menggunakan senjata tajam di sebuah hospital. Sehubungan itu, Sugu telah didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh kerana memiliki senjata tajam. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan.

Artikel berkaitan: Suami Pavithra Mengaku Tak Bersalah Memiliki Senjata Berbahaya Sabit Sepanjang 26 Inci

Terbaru, memetik laporan Harian Metro, kelihatan Pavithra enggan memberi sebarang ulasan dan berbual dengan suaminya sebelum posiding di mahkamah bermula.

Mengaku tidak bersalah

Di dalam posiding tersebut, M. Sugu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil itu di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir. Dia dituduh mengikut Seksyen 6(1), Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 10 tahun atau sebat jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Waffy Ismail memohon mahkamah tidak memberi jaminan kepada tertuduh memandangkan kesalahan berkenaan tidak ditawarkan jaminan, namun ia bergantung kepada budi bicara hakim.

Senjata ditemui di tempat awam di mana hospital merupakan satu tempat yang selamat. Tujuan senjata pula digunakan untuk kekerasan rumah tangga. Namun ia atas budi bicara mahkamah, dan sekiranya dibenarkan jaminan, saya memohon RM20,000 dikenakan.

Tarik laporan polis

Keputusan dibuat mahkamah dengan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan.

Peguam kepada Sugu iaitu Mahinderjit Singh memohon jaminan diberikan terhadap tertuduh memandangkan isterinya, S.Pavithra telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Senam pada 22 Julai lalu.

Tertuduh juga mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan kejadian itu juga merupakan salah faham. Tertuduh juga sedia menerima syarat-syarat tambahan yang dikenakan bagi memastikan beliau hadir ke mahkamah.

Sumber: Bernama, Harian Metro

SKIP THIS AD ×