
Penyanyi Cat Farish mendedahkan pengalamannya pernah menerima bayaran rendah ketika mula berkecimpung dalam industri muzik.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Kita Rasa Rezeki Tu Sedikit Tapi Banyak Untuk Orang Lain’ – Dafi Tegur Artis Perlekeh Bayaran Rendah
Artikel Berkaitan: ‘Ariff Bahran Okay Lagi RM1,400 Dua Buah Lagu, Saya Pernah RM500 Untuk Tiga Buah Lagu’ – Hasif Upin
Pernah dibayar RM20 seorang

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Farish Ramli, 51, bagaimanapun tidak melihat kepada wang semata-mata, tetapi peluang untuk terus berkarya sebagai seorang anak seni.
Kita nak jadi penyanyi akan ada benda macam ini, RM500 pun ada. Ini bukan fasal duit tapi berkaitan cari makan.
Dunia artis kalau kita baru, memang dulu kita kena bayar RM20 seorang, paling murah RM20 kongsi lima orang masa zaman gig.
Namun, berkata usaha dan kesabarannya, ahli kumpulan Ruffedge itu kini mampu meraih pendapatan mencecah lima angka.
Ketika itu fokusnya menyanyi tetapi bila dah naik atas mulalah harga RM5,000, RM10,000, RM20,000 sampai sekarang RM50,000 untuk persembahan.
Tetapi kalau budak universiti panggil untuk menyanyi bajet ada RM500 hiburkan 1,000 pelajar. Saya akan fikir mereka akan dengar balik lagu saya, itu cara berfikir sebagai orang lama.
Farish berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran butik JeMels Atelier, di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.
‘Ada setengah akan ambil kesempatan’

Dalam pada itu, Farish tidak menolak kemungkinan wujudunya pihak yang mengambil kesempatan dengan menawarkan bayaran rendah, namun setiap penyanyi perlu bijak menilai situasi.
Ada setengah akan ambil kesempatan seperti persembahan amal. Macam mana nak elak dan jadi bijak? RM1,500 setengah orang rasa sikit ada yang rasa banyak.
Bagi saya RM1,500 tulis nama Ruffedge Charity dalam ‘check’ dan duit itu sebagai token kami datang.
Kalau tak nak, cakap tidak boleh. Kadang-kadang ada orang ambil kesempatan dan ada yang betul-betul ada RM1,500. Itu contoh bagaimana kami bertahan.
Sementara itu, Farish berpendapat bahawa pentingnya seseorang penyanyi itu membina kelas dan standard sendiri supaya tidak mudah ditawarkan bayaran rendah.
Ada juga penyanyi yang bina kelas tersendiri. Ada tak orang berani tanya Ella atau Datuk M.Nasir untuk bayar RM1,500?
Tak logik sebab mereka dah ada standard diri.
Ruffedge pun orang tak pernah tanya bayaran RM1,500. Kita kena bijak berfikir dan ‘counter’ balik.
Sebelum ini, seorang penyanyi meluahkan rasa tidak puas hati apabila ditawarkan bayaran RM1,400 untuk mendendangkan dua buah lagi.
Justeru, penyanyi itu akui dia meraih lebih banyak keuntungan dengan kerjayanya kini berbanding menyanyi.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
