Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Cat Farish didakwa melafazkan talak terhadap isterinya, Suriani Hassan, 36, sebanyak tiga kali tanpa sebab pada 13 Disember lalu.
Artikel berkaitan: Tak Mahu Keruhkan Keadaan, Cat Farish Biar Mahkamah Tentukan Isu Lafaz Cerai 3 Kali
Artikel berkaitan: Isteri Dakwa Cat Farish Dah Lafaz Cerai 3 Kali, Terkejut Tanpa Sebab
Berikutan daripada itu, Suriani mengesahkan telah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan selepas tiga hari talak dilafazkan. Disebabkan itu juga, perbicaraan kes perceraian mereka telah ditetapkan pada 16 Januari lalu.
Rujuk balik tak?
Pada 16 Januari yang lalu, Cat dan Suriani dipercayai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status perkahwinan mereka secara rasmi. Berdasarkan pemerhatian pihak OhBulan! Cat dan Suriani dikhabarkan sudah membawa haluan masing-masing. Perkara tersebut dapat dilihat di ruangan komen Cat apabila dia menjawab pertanyaan seorang individu mengenai status perkahwinannya.
Menerusi komen balas tersebut, Cat seakan mengesahkan bahawa dia dan Suriani sudah bercerai.
Sumber: Cat Farish