berita

‘Kami Pun Terlepas Pandang. Saya Terlupa Batasan Agama & Pergaulan’ – Pengarah Jawab Isu Aliff Aziz Peluk Intan Najuwa

July 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz telah tampil menjelaskan mengenai penularan video berpeluk dengan aktres Intan Najuwa, di pusat peranginan Genting Highlands, Pahang.

Artikel berkaitan: Isu Peluk Dengan Intan Najuwa: Aliff Aziz Anggap Sebagai Ujian, Terima Teguran Netizen

Artikel Berkaitan: ‘Ingat Peluk Saja-Saja Ke, Dah Tak Ada Kerja Sangat Ke’ – Intan Najuwa Beri Respon Isu Video Mesra Dengan Aliff Aziz

Terbaru, pengarah, Hadith Omar pula tampil menjawab susulan video viral berkenaan.

Salah satu babak lakonan

Menurut Hadith, video yang dirakam oleh netizen itu merupakan salah satu babak lakonan Aliff dengan Intan dalam sebuah drama. Ujar Hadith, Aliff dan Intan sangat menghormati antara satu sama lain dan hubungan mereka dengan krew juga sangat bagus. Sebagai pengarah, Hadith dapat rasakan ‘feel’ keluarga ketika menjayakan penggambaran tersebut.

Itu babak Adam (Aliff) sedang memujuk Adel (Intan). Rasanya ia adalah sikap semulajadi untuk suami isteri yang tengah memujuk dan melakukan babak sedemikian. Aliff dan Intan sangat profesional dan mempunyai chemistry sangat baik. Banyak saja drama lain yang ada adegan peluk untuk watak suami isteri. Cuma video ini viral tanpa dijangka kerana status Aliff sebagai suami orang dan Intan pula bujang.

Di samping itu, Hadith memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi secara melulu. Hadith turut memohon maaf kerana terlepas pandang dengan adegan bersentuhan yang viral itu.

Terlupa batasan agama dan pergaulan

Ini salah satu silap saya kerana beri kebebasan dan pelepasan kepada pelakon untuk melakonkan apa yang mereka rasa selesa. Sebab saya mahukan natural dalam lakonan mereka. Saya rasa Aliff dan Intan melakonkan babak tersebut bagi menghidupkan ‘feel’ sebagai pasangan suami isteri, tidak lebih daripada itu. Kami pun terlepas pandang. Saya terlupa batasan agama dan pergaulan.

Akhir sekali, Hadith berkata klip viral itu menjadi pengajaran buat produksinya agar lebih berhati-hati selepas ini dan peka mengenai sensitiviti. Hadith turut berharap para penonton menyokong semua karya yang dihasilkan olehnya selepas ini.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×