berita

‘Kami Sama-Sama Ke Pondok Hisap Ganja’ – Saksi Pendakwaan Kes Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

June 11th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

3 tahun lalu, satu tragedi telah menggemparkan negara apabila sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hangus dijilat api. Lebih menyedihkan, kejadian itu telah meragut 23 nyawa penuntut tahfiz berkenaan. Pada awal tahun ini, seorang daripada tertuduh yang didakwa membunuh penuntut tahfiz berkenaan telah dibebaskan manakala seorang lagi diperintah membela diri.

Laporan terkini Bernama mendapati seorang saksi telah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia bersama tertuduh dan beberapa rakan lain pergi menghisap ganja sebelum kejadian.

Pergi hisap ganja sebelum kejadian

Sebelum bergerak ke Taman Balak, saya menunggu abang saya pulang daripada berniaga di Pasar Malam, Sentul untuk bersama-sama pergi ke sana (Taman Balak) kerana ganja ada pada dia. Kami (lapan orang) kemudian sama-sama bergerak ke pondok itu menaiki motosikal.

Kami tiba di pondok berkenaan bersama-sama, namun dua rakan saya iaitu Shahrul dan Haikal beredar ke tempat lain. Saya tidak tahu ke mana mereka pergi.

Menurut saksi pembelaan ketiga, Imran Fazley Abu Bakar, enam rakan termasuk tertuduh tiba di rumahnya sebelum mereka bersama-sama pergi ke sebuah pondok di Taman Balak, Datuk Keramat bagi tujuan menghisap ganja sekitar jam 1 hingga 2 pagi, pada 14 September 2017. Namun sejuruh tiba di pondok berkenaan, dua daripada rakannya iaitu Shahrul dan Haikal beredar ke tempat lain.

Selepas berada di pondok berkenaan selama lebih kurang 20 minit, mereka bergerak ke sebuah warung di taman berkenaan. Sejurus selepas itu, kedua rakannya tadi kembali menyertai mereka. Selepas itu mereka membuat keputusan untuk pergi ke pusat snuker berhampiran kecuali Haikal.

Perbicaraan disambung esok

Kami semua balik ke rumah saya dalam pukul 4 pagi. Saya, abang, tertuduh dan seorang lagi rakan kemudian pergi semula ke pondok itu untuk menghisap ganja pada pukul 4.28 pagi.

Apabila Mohd Hajjan, selaku peguam yang mewakilinya pada pebicaraan kes bela diri mengemukakan saksi soalan berhubung ke mana mereka pergi selepas berada di itu, dia hanya mengatakan mereka pulang ke rumah semula pada jam 4 pagi. Selepas itu, dia bersama abang, dan rakannya serta tertuduh pergi semula ke pondok itu bagi menghisap ganja pada jam 4.28 pagi.

Bagaimanapun, perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok untuk pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×