Sebelum ini, dua remaja dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh 23 orang penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Kejadian yang berlaku pada September 2017 ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Dalam perkembangan terbaru, seorang daripada tertuduh dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan membunuh. Manakala seorang lagi diperintah membela diri.
Bapa mahu anak jadi lebih baik
[Video] Kes bunuh 23 penghuni pusat tahfiz: Seorang remaja diperintah bela diri
Youtube:https://t.co/SWSKT7rEW1 pic.twitter.com/SnKDXpX1xY
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 28, 2020
Ketika ditanya media mengenai perancangan akan datang, bapa menjawab mungkin akan menghantar anak menyambung pelajaran. Sebagai bapa juga, dia mestilah mahu yang terbaik buat anak lelakinya itu.
Harapan tentulah mak ayah mahu anaknya menjadi yang baik, tetapi ini sudah ketentuan dia (anaknya) pak cik terima.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Remaja lelaki yang berusia 19 tahun ini juga mengaku sedih apabila rakan diperintah membela diri di atas pertuduhan sama. Dia hanya mengangguk dan berkata ‘Tidak boleh nak cakap apa-apa.”
Terdahulu, Mahkamah Tinggi memerintahkan rakan remaja ini membela diri di atas pertuduhan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz. Keputusan dibuat hakim Datuk Azman Abdullah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.
Sumber : Berita Harian , Bernama