berita

‘Kami Sedih Sangat..’ – Nabil Dikecam ‘Gurau Kasar’, Ini Respon Azmi Caliph Busker

September 21st, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Di sebuah rancangan terbitan Astro baru-baru ini, Nabil Ahmad dikritik gara-gara bergurau ‘kasar’ dengan anggota kumpulan Caliph Busker. Nabil secara spontan mengarahkan ‘hantu’ yang datang semasa gimik filem Langsuir untuk pergi kepada kumpulan itu.

Artikel berkaitan : ‘Kenapa Tidak Salahkan Orang Lain Yang Turut Ketawa?’ – Nabil Ahmad

Walaubagaimanapun, Azmi Caliph Busker menjelaskan mereka tidak berkecil hati malah meminta netizen supaya menghentikan kecaman.

Hentikan kecaman, kami biasa bergurau kasar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Amin amin ya rab. Terima kasih sahabatku Azmi calipbuskers for this. Video ni cukup melegakan hati selepas mengetahui ada hamba-hamba Allah yang mendoakan benda-benda yang tak baik pada anak-anak saya. Salam Jumaat pada semua semoga Allah sentiasa memberkati kita semua in sya Allah

Menerusi sebuah video yang dimuat naik Nabil, Azmi berasa sedih dengan kecaman dan hinaan yang dilemparkan kepada sahabatnya itu. Baginya, mereka sudah diibaratkan seperti adik beradik jadi Azmi mohon hentikan kecaman. Tambahnya lagi, mereka sudah biasa bergurau kasar sebegitu.

Azmi turut mendoakan supaya Nabil dikurniakan anak yang sihat dan bahagia dunia akhirat.

Jadikan iktibar

Sumber : nabilzira

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×