berita

‘Kami Semua Sayang Ayden’- Ibu Aliff Aziz

May 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai semalam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada penyanyi tersebut, S Hafiza Basharahil, memuat naik satu kapsyen khas buat cucu kesayangannya selepas proses perceraian tersebut berlaku.

Kami semua sayang Ayden

Menerusi Instagram Hafiza, kehadiran Ayden dalam hidup Aliff dan Bella ibarat cahaya buat mereka sekeluarga. Walaupun anaknya dan Bella sudah berpisah, hubungan antara Ayden dengan mereka sekeluarga tidak akan berhenti di situ. Mereka masih datuk dan nenek buat Ayden.

Melalui semua ujian dan kesengsaraan, perkara yang terbaik Allah berikan kami ialah cucu. Ia sangat berharga buat kami. Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun tidak dapat melihat dia membesar pada masa akan datang. Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti.

Tambah Hafiza, walaupun selepas ini Ayden tidak akan membesar di hadapannya, mereka sekeluarga tetap mendoakan cucu kesayangan supaya menjadi insan yang hebat pada masa akan datang.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×