berita

‘Kami Tahu Siapa Tulis Email Itu’ – Sasha Saidin Respon Dakwaan Rampas Suami Orang

January 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Selepas 8 tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya penyanyi Sasha Saidin selamat diijabkabulkan dengan seorang duda anak dua iaitu Sirhan Wahab pada 20 Januari 2020. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh adik lelaki kepada Sasha iaitu Zain Saidin.

Tidak sampai sehari melangsungkan pernikahan, Sasha Saidin terkena pula tempias kontroversi yang mengejutkan. Penyanyi kumpulan Elite itu didakwa menjadi perampas dan punca suami bercerai dengan bekas isteri sebelum ini.

Sasha Saidin perampas suami orang?

Menerusi laporan dari portal Beautiful Nara, seorang individu tidak dikenali telah menghantar email kepada portal itu bertujuan mendedahkan cerita rumahtangga terdahulu suami Shasa Saidin. Menerusi email tu, Shasa Saidin didakwa mengadakan hubungan sulit dan menjadi punca suaminya berpisah dengan isteri terdahulu.

Tulisan email itu juga mendakwa Sirhan mengabaikan kebajikan anak-anaknya dan bekas isteri. Difahamkan juga perkahwinan dan hubungan percintaan penyanyi ini juga tidak direstui keluarga pihak lelaki.

Kami tahu siapa yang tulis email itu

Sementara itu, Sasha Saidin menerusi laporan Media Hiburan tampil menjelaskan persoalan dan dakwaan tersebut. Dia bagaimanapun menafikan setegasnya terhadap dakwaan tersebut.

Semua itu tidak benar kerana saya hanya rapat dengan suami pada Jun 2019. Saya cuma terkejut apabila seseorang itu sanggup sampai tulis email kepada media untuk membuat fitnah tentang kami. Tak apa, Tuhan itu Maha Adil dan Saksama.

Tak mengapa, kita tahu kita tak buat apa-apa salah pun. Kami tahu siapa yang tulis email itu dan apa motif mereka untuk membuat cerita fitnah itu dan kami maafkan.

Sasha Saidin mengakui tidak terkesan dengan fitnah yang dilemparkan individu berkenaan dan dia juga memberi bayangan tahu akan gerangan pengirim email kepada blog tersebut.

Sumber: Beautiful Nara, Media Hiburan

SKIP THIS AD ×