berita

Ucap Selamat Tinggal Buat Sasha, Linda Luah Rasa Sedih Bakal Berpisah Dengan Sahabat Baik

January 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Umum mengetahui bahawa kakak ipar kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan iaitu Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab pada 20 Januari 2020 yang lalu.

Terbaru menerusi Instagram Linda Rafar, dia mengucapkan selamat tinggal buat sahabatnya baiknya itu. Menurut Linda, selepas mendirikan rumah tangga baru-baru ini, Sasha akan berpindah dan menetap di Dubai bersama suaminya.

Kenang sangat jasa baik you

View this post on Instagram

Sha… im crying non stop! i tak sedar rupanya this time u btul2 tinggal kan i😩.. sha,i takkan lupa semua jasa baik u sejak zaman elite masa kita gi australia bersama,zaman kita mula mengenal dunia u sentiasa ada dgn linda.. u je yg panggil i baby gurl🤭.. sha,i kenang sgt jasa baik u n pengorbanan u pada i.. sejak arwah memen sakit u selalu dtg melawat kat hukm bg kata2 semangat..sampai la arwah pergi,pastu arwah my mum sakit n pergi pon u sentiasa ada dgn i sha.. kadang2 i terlepas pandang sha.. im sory sha x dpt join videoclip u n u really want me to be in🙏🙏🙏 sory sha.. Tapi i yakin allah tu tau hati u bersih n ikhlas anggap i btul2 mcm adik u.. i doakan u happy dgn hidup baru u di dubai.. u jgn lupa i tau sha! if bole my bday 11/2/2020 u dtg ok jumpa i.. ya allah balasla jasa baik kawan baikku sasha n family.. yg sentiasa ada dgn linda time susah n senang.. hanya allah shj yg mampu mendengar n membalas semua jasa baik u.. love u sha😘 Selamat Tinggal sha😭 @sashasaidin

A post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on

Linda memuat naik satu posting video yang menunjukkan gambar kenangan di antara dirinya dan Sasha. Pada masa yang sama, dia memberikan ucapan khas buat sahabat baiknya itu. Antara luahan yang diluahkan olehnya ialah, rasa sedih apabila mengetahui sahabatnya itu benar-benar akan meninggalkan dirinya selepas ini. Menurut Linda, Sasha seperti seorang kakak dan selalu ada bersamanya tatkala susah mahupun senang.

Sewaktu Linda kehilangan insan tersayang iaitu anak dan ibunya, Sasha merupakan individu yang selalu datang melawat dirinya bahkan memberi semangat untuk terus kuat. Namun, selepas ini sahabat baiknya itu terpaksa menetap jauh di Dubai bersama suami tercinta. Linda turut mendoakan mereka sentiasa bahagia dan Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik sahabatnya selama ini.

Jauhnya Dubai

Sumber: Linda Rafar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.