berita

‘Kami Tak Boleh Pentingkan Diri’- Sufian Suhaimi Nafi Hubungan Dengan Elfira Loy Sedang Bergolak

January 17th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai hubungan selebriti Elfira Loy dan Sufian Suhaimi dikatakan sedang berdepan dengan dugaan. Tambahan lagi, Elfira turut mengakui fasa pertunangan yang ditempuhinya ketika ini sarat dengan cabaran.

Namun, menerusi BH Online Sufian menafikan dakwaan kononnya hubungannya bersama Elfira Loy sedang retak menanti belah. Dia juga berkata apa yang berlaku ini adalah normal dan merupakan asam garam di dalam fasa pertunangan.

Jarang berjumpa

Bagaimanapun Sufian mengakui  sedang berdepan dengan masalah komunikasi dengan pelakon wanita itu disebabkan masing-masing jarang bertemu.

Hubungan kami baik-baik saja. Cuma saya akui kami memang jarang bertemu disebabkan sibuk dengan komitmen kerja, selain mengikut pesanan orang tua supaya tidak kerap berjumpa.

Apabila lama tak jumpa, barulah perasaan rindu makin menebal. Walaupun sibuk, masing-masing tetap berhubung menerusi telefon.

Tarikh perkahwinan belum diputuskan

Selain itu, Sufian memberitahu mengenai tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada Mac depan seperti dirancang. Namun perkara itu belum diputuskan lagi.

Keputusan mengenai majlis perkahwinan bukan terletak di tangan kami berdua, tetapi turut membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Kami tidak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata. Apapun, kami akan berkahwin pada tahun ini juga.

Jangan cepat menghukum

Terdahulu, menerusi satu temu bual Elfira bersama media, pertunangannya dengan Sufian memang berdepan dugaan. Dugaan itu bukannya datang daripada mereka, sebaliknya orang sekeliling.

Saya akui, pelbagai dugaan ditempuhi sepanjang tempoh bertunang, tetapi saya tidak berani untuk menyatakan apakah ia ujian terbesar dalam hidup. Hal berkaitan perkahwinan bukan perkara remeh kerana ia membabitkan banyak pihak.

Saya tidak mahu kenyataan saya ini menimbulkan sebarang spekulasi. Bukan tidak mahu berkongsi mengenai persiapan perkahwinan dan sebagainya, tetapi saya memang tidak suka bercerita perkara yang belum pasti

Apa yang dikongsi hari ini bukan untuk memberi nasihat, sebaliknya sekadar pandangan untuk mengubah stigma masyarakat. Ada di antara mereka di luar sana begitu gemar menghukum tanpa mengetahui hujung pangkal sesuatu cerita.

Letakkan diri kita dalam situasi individu itu sebelum memberikan tanggapan negatif. Semestinya kita juga tidak suka orang menghakimi tanpa hujung pangkal

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×