![]()
Memilih pelamin terbaik untuk majlis perkahwinan bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai faktor perlu diambil kira antaranya tema, warna, bajet dan lain-lain.
Hasil kreativiti daripada beberapa orang anak muda ini wajar diberi pujian kerana dengan hanya menggunakan tisu dan bajet keseluruhan sekitar RM200, pelamin DIY ini siap dibina. Simple & cantik!
Guna tisu je!
![]()
Pelamin jimat menggunakan tisu ini telah dihasilkan oleh team Vv – The Art Thinker khas buat rakannya yang baru mendirikan rumah tangga. Siapa sangka dengan bajet sekitar RM200 termasuk sewa kerusi, pelamin yang begitu cantik ini dapat dihasilkan.
![]()
Selain pelamin, ia juga boleh dijadikan hiasan dinding bilik pengantin, backdrop untuk photobooth, dinding ruang tamu dan sebagainya mengikut idea seni masing-masing.
Pilih warna tisu
![]()
Untuk pelamin ini, mereka menggunakan tisu bewarna putih dan hijau. Jumlah untuk beli tisu hanya rm24 untuk 36 bungkus tisu.
![]()
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala alatan dan cara-cara buat pelamin tisu DIY ini, korang boleh klik dekat sini. Siapa kata nak kahwin perlukan pelamin yang mahal?
![]()
![]()
Kredit : Vv The Art Thinker






