Kumpulan terkenal Korea Selatan iaitu BTS membuat keputusan untuk tidak menghantar pencalonan muzik mereka bagi Grammy Awards yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: Kerja Bersama BTS! Tujuh Peluang Pekerjaan Dibuka

Artikel Berkaitan: ‘Sedih Bila Ada Bandingkan EXO & BTS, Tak Perlu Puji Satu Kumpulan Dengan Cara Merendahkan Yang Lain’ – Asyalliee

BTS tak hantar pencalonan Grammy Award

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi setiap anggota BTS. Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai keputusan tersebut.

Kami telah memutuskan untuk tidak menghantar pencalonan ke Grammy tahun ini. Kami berharap muzik dapat didengar dan dihargai atas nilainya sendiri, tanpa mengira rantau atau bahasa.

Terima kasih kepada ARMY dan semua yang terus menyokong kami.

Pada pertengahan Jun lalu, Anugerah Grammy memperkenalkan kategori baharu khas untuk Muzik Pop Asia, yang merangkumi K-pop, J-pop (Pop Jepun) dan C-pop (Pop China).

Kategori itu menetapkan bahawa hanya karya yang menggunakan satu atau lebih bahasa Asia secara signifikan layak dipertimbangkan. Pihak penganjur Grammy menjelaskan bahawa langkah itu diambil kerana muzik pop Asia merupakan antara kuasa paling penting dan berpengaruh dalam industri muzik global.

Ini merupakan kali pertama Anugerah Grammy memperkenalkan kategori khas yang dikhususkan untuk muzik Asia. 

Sesetengah penganalisis turut mendakwa syarat penggunaan bahasa Asia dalam kategori baharu itu mungkin memberi kesan kepada BTS, memandangkan kebanyakan lagu dalam album Arirang menampilkan lirik berbahasa Inggeris. 

Walaupun lagu versi Korea memenuhi syarat tersebut, prestasinya di carta Amerika Syarikat dilaporkan tidak sekuat lagu utama Swim.

Menurut sumber, HYBE dikatakan sukar menerima perubahan kategori itu kerana BTS sebelum ini dianggap antara calon kuat untuk kategori utama Grammy. 

Bagaimanapun, HYBE menjelaskan keputusan tersebut bukanlah tindakan boikot menyeluruh dan artis lain di bawah label itu masih bebas menghantar karya mereka untuk pencalonan.

Sumber: The Korea Herald, Chosun