Nama pelakon Sharifah Sakinah menjadi bualan ‘panas’ di media sosial selepas memuat naik satu entri tentang rumah tangga dengan suami, Michael Hensen, 42.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Rancang Nak Hamil Lagi, Suami Pun Dah Tua’ – Sharifah Sakinah
Cetus tanda tanya
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sakinah seakan memberi bayangan perkahwinan dengan Michael sudah berakhir.
Menurut aktres berumur 33 tahun, dia dan suaminya mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza. Malah katanya, itu punca mereka tidak boleh menjadi pasangan lagi.
Kami memiliki perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi.
Sebab itu kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat.
Tutup komen
Pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired bagaimanapun memilih untuk menutup ruangan komen pada perkongsian itu.
Pada Februari lalu, Michael dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.
Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.
Sumber: Instagram @sharifah_sakinah