berita

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Didera Bapa & Ibu Tiri

February 10th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai akibat penderaan fizikal teruk yang dilakukan oleh bapa dan ibu tirinya sendiri.

Artikel Berkaitan: Badan Dipenuhi Luka, Budak Lelaki Didera & Dibuang Tepi Jalan Di Cheras Utama

Artikel Berkaitan: Mak Ayah Dalam Penjara, Kanak-Kanak Empat Tahun Mati Didera Lima Rakan Kakak

Tubuh dipenuhi kesan lebam

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan The Korea Herald, siasatan yang dijalankan oleh Balai Polis Incheon mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami beberapa kesan lebam pada badan yang disyaki berpunca daripada luka akibat penderaan.

Susulan daripada itu, seorang bapa berusia 39 tahun beserta ibu tiri berusia 42 tahun ditahan polis di Incheon, barat Seoul, kerana disyaki mendera dengan kejam sehingga menyebabkan kematian anak lelaki mereka yang baru berada di tahun lima.

Bagaimanapun, pasangan terbabit tidak mengaku menganiaya mangsa. Pasangan tersebut turut berkata, luka di badan mangsa berpunca daripada perbuatannya sendiri.

Membuat panggilan kecemasan

Gambar sekadar hiasan

Menurut pihak polis, bapanya sendiri yang menghubungi talian kecemasan dan memaklumakan bahawa anaknya tidak lagi bernafas. Apabila anggota kecemasan tiba di tempat kejadian, rawatan CPR dilakukan ke atas mangsa sebelum dia dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan segera. Namun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Sementara itu, dalam siasatan berbeza, polis mendapati bapa dan ibu tiri kanak-kanak terbabit didakwa tidak menghantar mangsa ke sekolah sejak November tahun lalu, sebaliknya memilih untuk mengajarnya di rumah.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca di sebalik penderaan dan pengabaian kanak-kanak terbabit hingga mengakibatkan kematiannya.

Sumber: The Korea Herald

SKIP THIS AD ×