
Seorang bayi ditemui maut dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah rumah sewa yang didiami seorang wanita berusia 19 tahun.
Artikel Berkaitan: Remaja 18 Tahun Tikam Bayi Selepas Bersalin, Konon Guna Gunting Sebab Nak Potong Tali Pusat
Artikel Berkaitan: Kes Ibu Berusia 15 Tahun Tikam Bayi Baru Dilahirkan, Polis Cari Mohammad Hazuarie Bantu Siasatan
Mayat bayi ditikam

Memetik laporan Harian Metro, kejadian menyayat hati membabitkan kematian seorang bayi perempuan di dalam mangkuk tandas itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang.
Difahamkan, sepasang pelajar kolej berusia 19 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima maklumat bahawa pelajar perempuan berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom kerana dipercayai baru melahirkan anak.
Sebaik melahirkan bayi berkenaan, pelajar itu telah menghubungi gurunya sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu sudah melahirkan seorang bayi selain mendapati terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh serta Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.
Sumber: Harian Metro








