berita

Kanak-Kanak 14 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12

August 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kanak-Kanak Maut Jatuh Bangunan

Foto: Harian Metro

Seorang kanak-kanak ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Jalan Tiara, Titiwangsa pada malam Rabu.

Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Jatuh Bangunan Sekolah, Keluarga Syak Ada Sesuatu Tak Kena, Pelik CCTV Rosak Serentak

Ditemui dalam keadaan tertiarap

Kanak-Kanak Maut Jatuh Bangunan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas jalan kondominium tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 berhubung kejadian sekitar jam 8.20 malam.

Mangsa adalah seorang remaja perempuan warga asing berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan di blok B kondominium terbabit.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik di lokasi pada jam 8.40 malam.

Tambah Ashari lagi, hasil siasatan awal yang dibuat mendapati tiada unsur-unsur jenayah berhubung kejadian ditimpa mangsa.

Namun, pihaknya kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar kawasan kejadian susulan tiadanya CCTV di bahagian rumah mangsa.

Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa memanjat sebuah tong sampah berwarna hitam di balkoni sebelum terjatuh.

Mangsa menetap di Malaysia bersama ibu dan kakaknya sejak lapan tahun lalu, manakala bapanya kini berada di Bangladesh.

Mayat mangsa telah pun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi proses bedah siasat dan kes akan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×