Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di Kutai Kartanegara, Indonesia dilaporkan mati rentung berikutan ibunya yang dipercayai terlupa anaknya masih terkurung ketika rumah tersebut terbakar.

Kanak-kanak mati rentung

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, insiden tersebut berlaku Rabu lalu (9/2/22) dan mangsa dikenali sebagai Amelia Putri dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan).

Ujar Ketua Polis Kutai Kartanegara, Arwin Wientama, mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah seorang diri berikutan ibu bapanya sedang menggendong anak bongsu.

Hasil maklumat daripada beberapa saksi mengatakan api bermula dari depan rumah mangsa, sebelum menyambar sebuah motosikal dan menjadi semakin marak.

Api kemudian menyambar rumah lain kerana terletak berdekatan

Semua sedang sibuk selamatkan diri

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, ketika insiden tersebut berlaku semua orang dikatakan sedang sibuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan si ibu sendiri tidak pasti mangsa anak ke berapa berikutan mempunyai 10 orang anak.

Jasad mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan rentung terbakar di antara serpihan bangunan yang musnah dijilat api oleh anggota bomba selepas api berjaya dipadamkan.

Sumber: Tribun News