Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol anak tirinya yang masih di bawah umur sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hamil.

Anak tiri jadi mangsa

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Metro TV, perbuatan keji seorang lelaki berusia 42 tahun akhirnya terbongkar selepas anak tirinya melahirkan seorang bayi lelaki pada Februari lalu.

Kejadian itu berlaku di kediaman mereka yang terletak di Kecamatan Bonang, Indonesia dan dipercayai telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu tanpa disedari oleh sesiapa.

Difahamkan, mangsa hanya mendendahkan tentang kejadian itu kepada datuk dan neneknya sebaik selepas dia melahirkan bayi.

Susulan daripada itu, datuk dan nenek mangsa telah tampil membuat laporan di balai polis.

Polis turut merampas beberapa bahan bukti berkaitan kes tersebut untuk membantu siasatan lanjut. Mangsa kini berada di bawah jagaan keluarga dan Lembaga Perlindungan Anak.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara antara 5 hingga 15 tahun serta denda mengikut undang-undang sedia ada.

Sumber: Metro TV