berita

Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Ditemui Mati, Disyaki Didera Ibu Saudara

August 17th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita warga tempatan diberkas polis selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya sehingga menyebabkan kematian.

Dera anak saudara sampai mati

Sekadar gambar hiasan

Menerusi kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 15 Ogos lalu di Pangsapuri Mutiara Magna, Kepong. Suspek yang juga merupakan ibu saudara mangsa dikatakan mengasuh dua orang kanak-kanak iaitu mangsa, tiga tahun dan abang mangsa yang berumur lima tahun. Difahamkan, suspek mula mengasuh mangsa sejak kanak-kanak itu lahir.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh iaitu Eng Lai, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kematian kanak-kanak lelaki tersebut. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik bertugas.

Pasukan polis sampai di tempat kejadian dapati mangsa terbaring di dalam katil kanak-kanak lengkap berpakaian. Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal manga mendapati terdapat kesan luka di dahi, mulut dan hidung, kesan merah di bawah mata kiri, calar dan lebam pada bahagian belakang badan dan siku tangan kana mangsa.

Susulan daripada itu, suspek yang berusia 40 tahun itu telah ditahan reman selama lima hari sehingga 20 Ogos untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-4048 2206.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul

SKIP THIS AD ×