berita

Kanak-Kanak Cedera Parah Selepas Dipukul Guru Dengan Pembaris Logam

September 20th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun di China telah menerima rawatan kecemasan kerana tengkoraknya hancur selepas seorang guru didakwa memukul kepalanya dengan pembaris logam.

Artikel Berkaitan: Bapa Tak Sanggup Lihat CCTV Anak Didera Pengasuh Taska, Dipukul Berkali-Kali Ketika Makan

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Salah Ejaan, Pelajar 15 Tahun Dipukul & Ditendang Cikgu Sekolah Sampai Mati

Guna pembaris skala segi tiga logam

Menerusi laporan South China Morning Post (SCMP), kejadian ini berlaku pada jam 4 petang, 6 September lalu, semasa aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan.

Guru terbabit, Song Mouming yang bekerja di Sekolah Rendah Bocai Meixihu di wilayah Hunan, tengah China, didakwa menggunakan pembaris skala segi tiga logam untuk memukul kepala kanak-kanak itu sehingga meninggalkan luka sedalam 5cm dan menyebabkan retak di bahagian tengkoraknya. Namun, motif serangan tidak didedahkan sehingga kini.

Selepas serangan itu, Song membawa kanak-kanak tersebut berjumpa dengan doktor sekolah dan dikatakan hanya berlaku kecederaan ringan dan memerlukan jahitan sahaja.

Kemudian, pihak sekolah menghantar kanak-kanak itu ke hospital berdekatan, tetapi doktor tidak memberikan rawatan kecemasan dengan segera kerana memerlukan kelulusan keluarga. Disebabkan itu, barulah pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak itu.

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, tengkorak kanak-kanak itu patah dan serpihan tulangnya telah bersarang di kepala dan ia memerlukan pembedahan dengan segera.

Otaknya hampir terkeluar. Ia boleh membawa maut.

Bapa kanak-kanak itu berkata anaknya masih dalam unit rawatan rapi dan keadaannya masih serius.

Masih tiada maklum balas daripada pihak sekolah. Saya tidak tahu apa yang perlu saya fikirkan sekarang, tetapi apa yang saya mahu ialah menyelamatkan gadis saya.

Berikutan daripada itu, Song, telah ditahan oleh polis tempatan.

SKIP THIS AD ×