berita

Kanak-Kanak ‘Dijual’ Semurah RM10.55, Pulau Di Gambia Jadi ‘Syurga’ Pedofilia

January 20th, 2020 | by faris
Kini Trending

Kecenderungan seks songsang terhadap kanak-kanak ataupun paedofilia bagaikan duri dalam daging masyarakat. Nafsu jijik sedemikian membuatkan pedofilia mencari-cari mangsa untuk melempiaskan keinginan mereka. Portal The Sun mendedahkan kegiatan golongan ini yang ke sebuah pulau di Gambia untuk ‘membeli’ mangsa.

Anak kecil ditemani lelaki kulit putih

Menurut portal itu, kanak-kanak ‘dijual’ kepada pedofilia British semurah 2 pound atau RM10.55 oleh ibu bapa mereka. Pemangsa mengambil kesempatan ke atas kelonggaran undang-undang di negara Afrika terbabit bagi bercuti sambil mencari mangsa dalam kalangan anak kecil.

Menurut The Sun lagi, koresponden mereka melihat sendiri kanak-kanak Gambia yang teraniaya ketika mereka melawat resort dan pantai peranginan di sekitar persisiran laut Atlantik.

Kelihatan ramai kanak-kanak Afrika yang ditemani oleh lelaki pertengahan umur kulit putih yang sudah tentu bukan ibu bapa kandung mereka.

Makan tengah hari, bawa mangsa ke bar

Wartawan turut menyaksikan sendiri seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 6 hingga 8 tahun sedang makan tengah hari dengan seorang lelaki berubah hampir botak di restoran dengan pelanggan hampir sama.

Dalam satu insiden jam 11.30 malam di sebuah bar yang dipenuhi asap rokok, seorang budak dalam lingkungan 2 tahun didukung seorang lelaki kulit putih dengan loghat British.

Siasatan mendapati pakar telah memberi amaran berhubung krisis ekonomi oleh agensi pelancongan Thomas Cook ‘menolong’ bekas tanah jajahan British itu untuk menjadi syurga pedofilia.

Ibu bapa tahu tapi tak kisah

Menurut Koordinator Kebangsaan Perlindungan Kanak-kanak Gambi, Lamin Fatty, pelancong lelaki dan wanita menjadikan kanak-kanak negara itu sebagai sasaran.

Seks boleh didapati dengan murah di negara saya dan kanak-kanak dijual semurah 150 dalasis atau 2 pound (RM10.55) di luar sana.

Ada segelintir ibu bapa yang tahu anak-anak mereka dipergunakan namun tetap menerimanya kerana hidup dalam keadaan terdesak demi sesuap makanan.

Yang lain terlalu naif untuk sedar mengenainya. Mereka rasa pelancong Barat menolong melangsaikan bil dan membantu anak mereka kerana kebaikan hati tanpa menyedari niat sebenar.

Penganiayaan kanak-kanak telah lama berlarutan di Gambia namun kerajaan tak cukup berbuat apa-apa untuk menanganinya. Kanak-kanak Gambia didekati di pantai dan jalanan oleh pedofilia seluruh Eropah dan datang ke sini semata-mata untuk ini.

Ingin saya tekankan, pemangsa bukan hanya lelaki, malahan wanita dewasa yang membayar untuk khidmat seks dengan remaja lelaki Gambia.

Sumber: The Sun

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×