berita

Kanak-Kanak Hilang Dua Jari Gara-Gara Perbuatan Remaja Baling Mercun

October 18th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun kehilangan dua jari selepas diserang oleh beberapa orang remaja ketika dia bermain di taman bersama rakannya.

Artikel Berkaitan: Gadis Hilang Kedua Belah Kaki & Tangan Kiri Selepas Ditolak ‘Stalker’

Artikel Berkaitan: Kaki, Tangan Wanita Dipotong Selepas Makan Tilapia Kurang Masak

Meletup di tangan

Menerusi laporan Mirror UK, remaja tersebut membaling mercun ke arah Kyran Payne, 9 yang sedang bemain bersama rakannya, Bradley Guzvic, 8.

Kyran dan Bradley pengsan sebelum mereka dikejarkan ke hospital akibat melecur teruk. Mereka berdua mengalami kecederaan pada bahagian mata ekoran letupan tersebut. Sementara Kyran, kehilangan dua jari dan mempunyai masalah penglihatan selama seminggu.

Menurut ayah Kyran, dia dan isteri terpaksa memujuk anaknya yang mengalami trauma selepas kejadian tersebut.

Kami telah berhadapan dengan seorang budak kecil yang agak tertekan. Dia tidak mahu berjalan kerana dia tidak dapat melihat, dia tidak dapat memahami di mana dia berada. Dia semakin ketakutan setiap kali mendengar bunyi yang kuat.

Kyran perlu melakukan pembedahan cantuman kulit pada tangannya kerana dia kehilangan otot, tendon dan lemak di tapak tangan. Tambahnya lagi, Kyran mempunyai parut kekal di muka, kehilangan jari kelingking, jari manis dan ketulan jari tengahnya.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×