berita

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dari Tingkat 14

February 27th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki maut akibat terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing, Sabah.

Artikel Berkaitan: Terjatuh Dari Tingkat 11, Kanak-Kanak 12 Tahun Patah Tangan Kiri

Artikel Berkaitan: Pelakon Syazlin Zainal Maut Terjatuh Tingkat 22 Pangsapuri

Artikel Berkaitan: Sempat Ambil ‘Selfie’ Sebelum Tergelincir, Gadis Maut Terjatuh Bangunan Tinggi 12 Meter

Tingkat 14

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan tersebut.

Difahamkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6:44 pagi dan mangsa ditemukan di beranda tingkat empat bangunan hotel itu.

Susulan daripada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×