Di Pekanbaru, Indonesia, seorang kanak-kanak lelaki terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi mangsa penderaan ayah tirinya. Lebih menyedihkan, mangsa seorang anak yang lumpuh.
Dicucuh puntung rokok
Menerusi laporan Kompas, mangsa memberitahu dia sering dipukul bahkan kemaluan dan kaki kanannya sering dicucuh puntung rokok kerana meminta wang untuk membeli makanan ringan. Bukan itu sahaja, ayah tirinya yang bernama Zulkifli itu turut menampar dan memijak punggungnya. Tambah mangsa, dia menjadi mangsa hampir 20 kali. Berikutan daripada itu, mangsa mempunyai sejumlah luka lebam di badannya.
Saat ini keadaan mangsa tidak baik dan trauma. Namun, lukanya sudah dirawat di hospital.
Terbaru, pihak polis dari Riau telah melawat mangsa dan memberikan sedikit bantuan. Antara bantuan yang diberikan kepada mangsa adalah kerusi roda dan mainan. Semasa sesi pertemuan tersebut, mangsa turut berkata dia mahu ayah tirinya itu dipenjara selama-lamanya. Terkejut mendengar permintaan anak kecil tersebut, salah seorang polis berkata pihaknya akan cuba menangkap suspek secepat yang mungkin.
Penjara seumur hidup dia ya pak. Nanti tinju dia juga pak.