berita

Kanak-Kanak Maut Selepas 3 Bulan Diserahkan Kepada Keluarga Kandung, Dipercayai Didera

January 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral sebuah video sedih mengenai sebuah keluarga yang terpaksa merelakan kepergian anak angkat mereka. Menurut individu yang dikenali sebagai Tuhfah Nazihah Tarmidi, mereka sekeluarga sedih dengan perpisahan yang berlaku kerana adik angkatnya iaitu Zubaidi Amir Qusyairi, telah menetap bersama mereka sejak enam tahun yang lalu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Kandung Mu Lebih Berhak Ke Atas Mu, Selamat Tinggal Amir’

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, dengan kesan cedera dan lebam di anggota badan, semalam. Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai didera ibu dan bapa tirinya. Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu dipercayai adik Zubaidi Amir Qusyairi.

Kesan lebam serta cedera

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anak mereka lemas di dalam tong air di rumahnya.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebaik sahaja ke tempat kejadian, pihak polis mendapati ada kesan lebam serta kecederaan di anggota badan kanak-kanak itu. Susulan daripada itu, pihak polis bakal membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Ayer Keroh hari ini.

Doa segala urusan dipermudahkan

Allah sayangkan kau Amir. Hari Jumaat hari terakhir kau. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sekarang kau dengan kita orang dah terpisah tak jumpa sampai bila-bila kita orang dah sampai Melaka  Amir nak jumpa kau buat kali terakhir. Semoga semua dipermudahkan Ya Allah. Time ni abah umi pergi haji. Allah tak sangka kau dah pergi adik.

Di Facebook, Tuhfah meminta semua orang sedekahkan Al-Fatihah buat arwah adik angkatnya itu. Tambahnya, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berlaku terhadap Amir dan dia tidak mereka akan terpisah buat selama-lamanya selepas ini.

Sumber: Harian MetroTuhfah Nazihah Tarmidi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×