berita

Kanak-Kanak Setahun Lima Bulan Maut Dilanggar Kenderaan Pacuan Empat Roda

July 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah sebelum disahkan maut selepas digilis kenderaan jenis pacuan empat roda di kawasan rumah mereka yang bertempat di Kerteh, Terengganu pada malam Sabtu.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Digilis Lori Ketika Bermain

Dipandu sepupu sendiri

Foto: Utusan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa, Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali yang berusia setahun lima bulan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupunya sendiri yang berusia 19 tahun.

Sebelum kejadian, kenderaan itu diparkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan untuk bergerak ke rumah bapa mentua di Rasau, Dungun.

Mangsa pula yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

Pemandu dikatakan terlanggar mangsa yang menyebabkan dia parah dan meninggal dunia.

Mayat mangsa kini dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×