berita

Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Digilis Lori Ketika Bermain

May 26th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum ditemui maut selepas digilis lori dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga, semalam.

Maut digilis lori ketika bermain

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, insiden itu berlaku ketika mangsa yang baru berusia lima tahun sedang bermain bersama saudaranya di celah pokok di sekitar tempat kejadian. Namun, sebuah lori yang keluar dari simpang secara tidak sengaja telah melanggar mangsa.

Pemandu lori itu iaitu lelaki berusia 37 tahun mendakwa tidak perasan kehadiran mangsa walaupun telah memastikan keadaan jalan selamat sebelum keluar dari simpang berikutan tindakan kanak-kanak itu yang tiba-tiba keluar dari celah pokok.

Berikutan itu, lelaki berkenaan tidak menyedari mangsa yang sedang berlari ke arahnya sebelum terlanggar kanak-kanak itu.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Sampel darah pemandu lori turut diambil untuk mengesan kandungan alkohol dan dadah.

Kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×