berita

Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Dirempuh Trak Pikap Ketika Main Skuter

August 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Budak Maut Dirempuh Trak Pikap

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan di sebuah kawasan kediaman mewah di Johor pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: Budak 3 Tahun Maut Dirempuh Kereta, Terlepas Tangan Bapa Sedang Periksa Suhu

Dirempuh ketika main skuter

Budak Maut Dirempuh Trak Pikap

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang pada ketika itu sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan sebelum dilanggar sebuah trak pikap berwarna hitam.

Kanak-kanak tersebut dipercayai maut ditempat kejadian akibat cedera parah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas pemandu trak pikap berkenaan.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pemandu tersebut boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 serta hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun.

Terdahulu, tularnya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu yang menjadi bualan ramai.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×