berita

Kandungan Cecah 4 Bulan, Pereka Fesyen Rizman Nordin Umum Bakal Timang Cahaya Mata

March 9th, 2020 | by Amat Larbsib
Lensa Insta

Pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Nordin hari ini kongsi berita gembira apabila isterinya, Nurida Suraya disahkan hamil. Pasangan ini bernikah pada tanggal 13 September 2019 lalu dan kini usia kandungan telahpun cecah empat bulan. Tahniah Rizman dan isteri!

Sudah masuk bulan keempat

Rizman turut berkongsi video ultra sound bayi dalam kandungan isterinya. Rizman dan Nurida teruja dan bersyukur dikurniakan anugerah yang paling bernilai.

Alhamdulillah… dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.

Semoga dipermudahkan urusan

Dikesempatan ini, pereka fesyen terkenal itu turut mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta. Mereka juga mensyukuri anugerah yang diberikan ini dan berdoa agar bayi dilahirkan cukup sifat.

To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu. Ya Allah ya tuhanku, semoga anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. Amin amin ya rabbalalamin.

Sumber: Rizman Nordin