berita

Kantoi Kencing Merata, Wanita Pengsan Kena Pukul Dengan Besi

December 19th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita berusia 35 tahun cedera parah selepas dipukul gara-gara didakwa membuang air kecil berhampiran rumah jirannya.

Artikel Berkaitan: Suami Kantoi Nikah Di Songkhla, Isteri Teruk Dibelasah Sampai Koyak Kepala

Artikel Berkaitan: Baru 8 Bulan Kahwin, Suami Pukul Isteri Dengan Dumbel Hingga Mati Angkara Cemburu

Dipukul dengan besi

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan NDTV, kejadian berlaku di sebuah kampung. Mangsa dikatakan membuang air kecil di longkang berhampiran rumahnya.

Menurut Pegawai Bulatan BS Veer Kumar, mangsa berselisih dengan jirannya, kemudian mereka bergaduh sebelum pergelutan tersebut menjadi ganas.

Jiran-jiran didakwa memukul bahagian alat sulit wanita itu menggunakan batang besi sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dan pengsan.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Sumber: NDTV, News 18 

SKIP THIS AD ×