berita

Suami Pukul Isteri Guna Tukul Sehingga Maut – ‘Saya Dengar Mangsa Jerit Minta Tolong’

November 10th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita berusia 31 tahun di Indonesia ditemui maut akibat cedera parah di kepala dan muka.

Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Guna Besi, Syak Ada Kekasih Gelap

Artikel Berkaitan: Model Hamil Dua Bulan Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri, Mayat Disumbat Dalam Peti Sejuk

Sering bergaduh

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, (31), mangsa cedera parah di kepala dan muka selepas dipukul dengan tukul oleh suaminya.

Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Pelita Anugerah Mranggen, namun disebabkan kecedaraan yang teruk, dia meninggal dunia di hospital.

Menurut keluarga dan jiran mangsa, suami isteri ini sering bergaduh dan pergaduhan ini yang paling serius sehingga membawa kepada kematian.

Selalunya berlaku pergaduhan, tetapi ini adalah yang paling teruk. Sebelum ini suspek pernah menulis kenyataan tidak akan mengulanginya, sebaliknya mengulanginya lagi, malah hingga membunuhnya.

Galih yang merupakan jiran mangsa mengatakan ketika kejadian, dia terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

Saya di depan rumah, saya terdengar mangsa menjerit meminta tolong. Kemudian saya masuk ke rumah mangsa dan melihat suspek membawa tukul yang dipenuhi darah.

Saya keluar untuk meminta tolong dan apabila penduduk tiba, suspek cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal. Namun, penduduk sempat untuk menangkapnya sebelum dia  melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Mranggen, AKP Margono berkata, suspek telah ditahan dan motif dia membunuh isterinya masih belum diketahui

Suspek itu sudah kita tahan dan sehingga kini, motif suspek melakukan perbuatan kejamnya itu belum diketahui.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×