berita

Kantoi Main Kayu Tiga, Suami Sengaja Sakitkan Hati Ejek Isteri Gemuk Macam Tong Drum

August 16th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Siapa sangka, seorang suami yang sikapnya mula berubah menjadi lebih biadap dan sering memaki hamun menggunakan kata-kata kesat, ternyata sudah lama bermain kayu tiga.

Artikel Berkaitan: Baru 3 Bulan Kahwin Dah Nak Cerai, Suami Letak Syarat Minta Isteri Pulangkan Mas Kahwin & RM20k

Artikel Berkaitan: Baru 2 Hari Kahwin, Gadis 16 Tahun Akur Kena Cerai. Rupa-Rupanya Bekas Suami…

Teraniaya mental

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian seorang peguam syarie, Suriati Ghani di Facebook, seorang wanita menjadi murung selepas rumah tangga yang dibina kira-kira 10 tahun kian goyah setelah mengetahui suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Lebih teruk lagi, sikap suaminya itu kini semakin teruk kerana sering mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati terhadapnya seperti ‘gemuk macam tong drum’ dan memanggilnya pelacur.

Rumah tangga goyang disebabkan pihak ketiga. Pihak ketiga itu pun baru bercerai dan meneruskan hubungan dengan suami wanita ini.

Dalam tempoh iddah pun keluar bersama suami orang.

Menurut Suriati, wanita berkenaan sudah lama mengetahui tentang hubungan sulit itu, menyebabkan dia menjadi tertekan, dan teraniaya mental.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut kelihatan lega selepas meluahkan isi hatinya, kemudian ditunjukkan jalan bagi menyelesaikan kes tersebut.

Tapi disebabkan wanita yang berjumpa dengan saya itu tinggal di Selangor, saya cadangkan dia menuntut cerai persetujuan bersama dan diteruskan dengan proses hakam jika suami tidak setuju cerai.

Jika dalam tempoh perkahwinan, puan-puan mengalami tekanan perasaan disebabkan sikap suami, ia boleh dijadikan sebagai alasan untuk menuntut fasakh dengan syarat perbuatan dan keadaan tersebut berterusan.

Sumber: Facebook Suriati Ghani

SKIP THIS AD ×