berita

Baru 2 Hari Kahwin, Gadis 16 Tahun Akur Kena Cerai. Rupa-Rupanya Bekas Suami…

June 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tribun News

Seorang wanita di Ngawi, Indonesia, Hartini, meluahkan rasa kesal selepas anaknya, SM, 16, terpaksa ‘memegang’ status janda selepas dua hari berkahwin berikutan diceraikan oleh suaminya.

Baru 2 hari kahwin

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan media tempatan, gadis berkenaan telah berkahwin dengan seorang duda, 50, yang merupakan Ketua Kampung di kawasan Kedung Banteng pada Sabtu yang lalu (4/6/2022). Hartini menjelaskan dia sama sekali tidak merestui perkahwinan tersebut bagaimanapun bekas suaminya mengaku sempat menghadiri majlis berkenaan bagi memberi restu sebelum dihalau.

Sebagai ibu, Hartini pada mulanya terkejut dan seolah-olah tidak rela anaknya berkahwin berikutan SM baru sahaja tamat Sekolah Menengah Rendah (SMP). Namun, dia sudah mengetahui anaknya mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan dalam tempoh hampir dua bulan.

Kahwin sebab diberi kereta Pajero, tanah, dan beli rumah. Akhirnya dia nak kahwin.

Selepas berkahwin, 2 hari kemudian mereka bercerai.

Akui sedih apa yang terjadi

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, Hartini bertindak mengadu kepada saudara yang lain sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis. Ujar pihak polis, pihaknya masih memproses laporan tersebut dan kes perkahwinan ini turut tular di laman Facebook.

Bekas suami kepada SM sebelum ini, mengaku dia merupakan seorang duda dan telah bercerai dan tidak dijaga oleh isterinya selama 13 tahun namun wanita berkenaan rupa-rupanya sedang berada di Taiwan. Kes perkahwinan tersebut telah dirujuk kepada pihak berkuasa dan perkahwinan tersebut telah dibatalkan.

Itu rupanya punca ketua kampung menjatuhkan talak pada SM.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×