Penyanyi rap, Zizi Kirana berkongsi keadaan terkini dirinya bersama beberapa aktivis kemanusiaan bagi meneruskan perjuangan mereka memberikan bantuan kepada penduduk di Gaza yang ditindas.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana Bosan Dengan Isu Politik & Rumah Tangga, Harap Rakyat Malaysia Fokus Misi Kemanusiaan

Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Jarang ‘Video Call’ Keluarga Sepanjang Misi Kemanusiaan – ‘Saya Tak Mahu Mereka Sedih’

Didatangi 15 dron

Menerusi TikTok, Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil memaklumkan kapal-kapal yang dinaiki mereka telah didatangi 15 dron ketika pelayaran.

Ujar pelantun lagu ‘Eh’, dia dan aktivis-aktivis lain ketika ini sedang bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.

Assalamualaikum, sedikit ‘update’ daripada saya.

Ketika ini kami dalam keadaan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku tetapi insya-Allah, semuanya dalam keadaan yang baik sahaja.

Seperti yang telah dimaklumkan, kapal-kapal Flotilla kami ini telah didatangi sebanyak 15 dron dan berlakunya letupan.

Saya sendiri mendengar letupan itu.

Di akhir perkongsian, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin memohon doa dari orang ramai agar segala urusan mereka menyampaikan bantuan dipermudah Allah SWT.

Apa yang boleh saya minta dari korang semua adalah teruskan berdoa dan jangan berhenti untuk sebarkan mengenai gerakan kami ini.

Kami nak bantu saudara kita di Gaza. Doakan kami semua, assalamualaikum.

Terdahulu, Zizi serta beberapa selebriti dan aktivis kemanusiaan seperti Ardell Aryana dan PU rahmat menyertai Global Sumud Flotilla dalam misi menghantar bantuan asas kepada penduduk Gaza.

Sebanyak 24 kapal flotilla dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza.

Video

Sumber: TikTok Zizi Kirana