![[VIDEO] Zizi Kirana Bosan Dengan Isu Politik & Rumah Tangga, Harap Rakyat Malaysia Fokus Misi Kemanusiaan](https://asset.ohbulan.com/2025/09/zizi-kirana-1.jpg)
Penyanyi rap, Zizi Kirana berharap agar rakyat Malaysia lebih fokus pada isu kemanusiaan dan meneruskan sokongan pada pasukan yang turun memberi bantuan di bumi Palestin.
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Tiba Di Tunisia, Akan Mula Berlayar Di Perairan ‘Red Zone’ – ‘Lepas Ini Mungkin Susah Nak Update Atau Buat Live’
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Berangkat Ke Gaza, Kongsi Foto Bersama Yusuf Bahrin – ‘Semoga Genggaman Ini Sampai Ke Syurga Allah’
Misi bersama
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil akui bosan dengan isu Malaysia yang sering kali berkaitan politik dan rumah tangga.
Ujar Zizi, lebih baik rakyat Malaysia memberi kesedaran mengenai misi kemanusiaan di Sumud Flotilla agar menjadi saksi perjuangan ini.
Dekat Malaysia terlalu sibuk dengan hal politik, tak pun rumah tangga.
Itu saja, bosan sangat. Cuba fokus pada misi kita.
Anda ada di daratan untuk beri kesedaran tentang misi di Sumud Flotilla.
Kalau ada apa-apa jadi pada kami, anda adalah saksi. Pergerakan ini merupakan misi kemanusian dan bukan untuk berperang.
‘Jangan samakan ujian kita dengan bumi Palestin’

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Eh’ itu sempat meluahkan rasa syukur menjadi rakyat Malaysia yang masih berpeluang untuk makan dan tidur dengan aman.
Menurut Zizi, ujian rakyat Palestin amat berat dan memerlukan sokongan daripada saudara muslim untuk memenuhi keperluan seperti pakaian dan makanan.
Malaysia tiada kebuluran. Jangan samakan ujian kita dengan bumi Palestin yang memang habis-habisan dikerjakan zionis.
Alhamdulillah kita masih boleh makan, tidur, lepak mamak.
Bersyukur kita duduk di Malaysia. Masih ada makanan dan ubat-ubatan.
Orang di Gaza tiada makanan dan rumah. Kau rasa sama ke ujian kita di Malaysia? Sebab itu kita patut bersyukur.
Sumber: TikTok @eiyjal







