berita

Karakter Baru Nightstream, Song Wen Bakal Buat Kaki Gamer ‘Ketagih’

February 2nd, 2019 | by faris
Shout Out!

Kaki gamer tegar sudah tentunya sentiasa tercari-cari game terbaru untuk dicuba dan mencabar ketangkasan diri. Buat mereka yang mengikuti perkembangan game tempatan, Nightstream wajib dimuat turun dan dimainkan. Power habis!

Tambah mengujakan, Nightstream memperkenalkan karakter baru bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Song Wen karakter baru

Nightstream telah memperkenalkan karakter Song Wen sejak 31 Januari lalu. Song Wen merupakan seorang jejaka berasal dari New Penang yang menunjukkan minat mendalam pada artifak Nightstream dan sejarah berkenaan Light Strikers. Song Wen juga mempunyai seekor anjing kesayangannya bernama Moodle.

Dia digambarkan sebagai seorang pembelot, sama seperti ayahnya. Keadaan itu seolah-olah menjadi tradisi dalam keluarga mereka walaupun dia kini sebatang kara.

Nightstream kunci segala rahsia?

Ada yang berpendapat mereka menjalani hidup penuh bebas yang akhirnya membawa padah pada diri. Ada juga yang menganggap mereka sekeluarga tidak sepatutnya melawan Metronite.

Walau apa pun sebabnya, Song Wen merasakan dia ditakdirkan untuk menghabiskan apa yang telah mereka mulakan. Semuanya untuk kepentingan orang-orang mereka sendiri. Walaupun masih tidak tahu hujung pangkal bagaimana misi dia akan dimulakan, dia tahu Nighstream seperti menjadi kata kunci yang akan merungkai segala misteri.

Penyampai radio One FM, Nicholas menjadi suara di sebalik karakter Song Wen ini. Buat pendengar stesen radio itu, pastinya tidak mahu ketinggalan mendengar Nicholas dalam versi berbeza.

Ayuh download sekarang!

Ayuh muat turun Nightstream di Apps store juga di Play Store untuk pengalaman gaming yang penuh mengujakan. Untuk info lanjut, boleh layari laman sesawang rasmi Nightstream, dan Facebook Nightstream.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×